Sunday, June 29, 2014

Its Me Against The World ~Again~

Tengok balik post yang last dalam blog ni, dah setahun setengah tinggalkan blog ni.. as usual. Bila hidup ni rasa hampeh. aku akan tengok balik blog ni.. its a self-reflection, an escape, a Rest N Reflect to my life.


I've graduated from UKM, currently working with my alma meter, you see.. What could possibly go wrong. LoL. UKM taught me of many things. 1 of the most precious of them all are, FRIENDS. Its ironic when one could be soo important to you and in the end. They end up being a total stranger. Friends, Foes, I could barely differentiate one to another now. its hurting and killing you slowly. 

Jadi jelaslah masalah aku sekarang adalah kawan-kawan yang dah x peduli dengan aku lagi. Mungkin persahabatan ini dulu disandar pada perjuangan. Berubah perjuangan berubah silaturrahim. Aku x pernah sangka kiri kanan ini kini sepi. Tiada meriah lagi. Tinggal 2 orang je. My best buddies.

 I hope I will never hurt them. So they will never have a reason to leave me alone

Sunday, November 18, 2012

Antara Abg Udin, Burhan, Anem (6 Gambar)


Dari UKM sampai ke Pekan,
Sebelum ke Pekan sesat di Gambang,
Ujung minggu lepas macam beraya sakan,
Semoga Ukhwah terus berkembang..


Keluarga, itulah perkataan yang terngiang-ngiang di kepala sepanjang saya membawa kereta untuk ke Kenduri Perdana Anem dan Abg Udeen... 

Perjalanan yang jauh seakan tidak terasa dek kerana tidak sabar untuk tiba di lokasi majlis kedua mempelai.. padahal berenti tidur berapa 
banyak kali ntah. 


Setibanya di lokasi rakan-rakan kolej telah pun berada di sana.. Seronok. Seakan reunion pun ada, maklumlah senior-senior dan rakan sama batch ada yang telah bekerja, jarang dapat spend masa bersama. Jika diperhati wajah-wajah yang saya kenal di majlis itu, pasti teringat semula peristiwa-peristiwa antara saya dan setiap mereka. Saya pun tak tahu lah apa yang mereka ingat tentang saya dalam memori mereka.

Namun itulah seronoknya berada di Burhan, kita dapat kawan, saudara, aktiviti, kelab, dan mungkin... KELUARGA hehehehehe 

Anem adalah rakan sama batch dengan saya, beliau banyak berbakti pada program kolej walaupun tiada jawatan dalam JAKSA atau kelab. Abg Udeen pula adalah senior Burhan yang "Power" dalam men'design' banner, poster, etc... Seronok mengenal kedua mereka...... Bagi saya mereka adalah orang yang berbakti tanpa peduli Anugerah atau pencapaian.  


Majlis Pernikahan dan kenduri kahwin mereka sederhana... namun ke"izzahan" majlis amat terasa sekali.. BAHAGIA, KELUARGA dan BERSAMA... mungkin itulah perasaan saya sepanjang berada di majlis berkenaan.. 

Semoga Baitul Muslim yang terbina kekal cemerlang, gemilang, dan terbilang buat Abg Udin dan Anem.. Kami tumpang gembira buat kalian. sangat gembira...








 Keluarga... Bahagia.... Bersama..


Thursday, November 8, 2012

Tahniah pengguna BB dan Android! Pahala Khutbah Jumaat anda Penuh!!

Assalamualaikum

Sempena hari Jumaat ini, sebelum semua orang pergi Solat Jumaat kejup lagi. Saya terlebih dulu ucapkan TAHNIAH kepada pengguna BB dan Android malah telefon 2G semua kerana memenuhi syarat ketika Khutbah Jumaat .. ini bertepatan dengan hadith muttafaqun 'alaih:

Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)" 
[HR al-Bukhari #892, Muslim 851]

Telah menjadi satu fenomena yang biasa kita lihat ketika Khutbah Jumaat orang bermain-main dengan telefon. Tambah pula di zaman serba ANDROID dan BB ini anda tidak perlu berCAKAP untuk CAKAP apa yang terbuku dihati. "Kemudahan" ini lebih dimanfaat ketika Khutbah Raya untuk menghantar ucapan salam 'eid dan bermaaf-maafan sesama sahabat handai semasa Khutbah lagi.. 


Bijak kan manusia sekarang *tangan di dada, lidah terjelir*



saya selaku pengguna Android murah menasihatkan pakcik2 supaya tidak meneruskan gejala tidak adil ini.. sememangnya lebih baik diam dari bercakap.. lebih baik tidur dari ganggu orang lain dengar khutbah.. namun tidak sepatutnya bermain Gadget dijadikan budaya yang nanti keturunan kita pun anggap x salah.. yela.. x d hadith larangkan..? sebenarnya ada.. walaupun tidak lah sebut Android atau BB.. tapi bunyinya begini : 

Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa’ed Al-An asari berkata : “Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya”
Diriwayatkan oleh Naafi’ bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.
(Al-Abani telah mengumpulkan Hadith-Hadith ini didalam al-Silsilat al-Sahiiah, # 2080)


Sebenarnya banyak lagi fatwa larangan yang telah dikeluarkan mengenai hal ini .. namun untuk kefaman mudah.. cukuplah kita mengetahui untuk memberi perhatian ketika imam sedang berkhutbah... semoha ini jadi peringatan kita bersama..

*kalo x bole tahan ngantuk mase khutbah.. at least tahanlah jari dari godek-godek gadget anda* :)

JOM JUMAAT 

Sunday, October 21, 2012

Emosi

Assalamu'alaikum


Emosi adakalanya membuat kita bahagia,
Emosi adakalanya membuat kita tercedera,
Ada masanya ia buat kita bercerita,
Ada masanya buat kita diam seribu bahasa,

Emosi itu ragu sekali tempatnya,
Ada yang kata hati itu sarangnya,
Ada yang kata Nafsu itu penghulunya,
Ada yang kata Akal itu pengawalnya,

Emosi mampu buat seorang Raja menjadi kejam,
Mampu buat manusia jadi setan,
Mampu buat pendosa jadi pendakwah,
Mampu buat yang baik mahupun yang jahat,

Hakikatnya emosi ini tetap dari Allah jua,
Manusiawi diuji, dirahmat, diberkah, dan diangkat dengan ia jua,
soal nya bagaimana kita guna ia
sememangnya.. Allah jua tempat asal segalanya..

Friday, October 19, 2012

Maaf sahabat..

Assalamualaikum


Saya percaya setiap yang berlaku pasti mempunyai sebabnya tersendiri.. Saya percaya orang tidak melayani saya dengan baik kerana saya sendiri berlaku tidak baik pada mereka..

Beberapa hari kebelakangan ini.. sering juga terserempak dengan rakan-rakan lama.. Sama sekolah, sama persatuan, satu kelas dan macam-macam lagi... ada yang sudah tidak ingat saya.. ada juga yang nampak mengelak dari bertembung dengan saya.. tidak kurang juga yang melihat saya seperti seorang yahudi yang cuba membunuh mereka..

Pasti.. Mereka bersikap seperti itu kerana diri saya sendiri.. Pasti.. pernah dalam hayat saya ini menyakiti mereka semua.. Berdosanya saya kepada mereka.. 

Ingin sekali memohon maaf kepada semua mereka.. Saya harap mereka membaca post ini supaya mereka setidaknya tahu saya rasa bersalah terhadap mereka.. Saya seorang insan(pelupa) yang cuai.. sering menyakiti orang sekeliling saya... 

Maaf kan saya sahabat.. Jika sahabat saya dulu sudah tidak sudi lagi memasukkan saya dalam hidup mereka... Saya Faham.. Tapi maafkanlah saya.. semoga di akhirat kelak kita masih sahabat........


Thursday, October 18, 2012

Marah itu BAHAYA

Assalamu'alaikum


Sebelum saya mengarut panjang.. Izinkan saya membawakan suatu hadith 
*jika salah, tegur sebab saya budak kejut* :)

Pada satu hari dia mendapati saudaranya masih melakukan dosa lalu dia berkata: “Berhentilah!” Namun saudaranya menjawab: “Biarkan aku! Demi Tuhanku! Apakah engkau diutus untuk mengawasi aku?” Lalu saudara (yang bersungguh-sungguh dalam ibadah) berkata: “Demi Allah! Allah tidak akan mengampunkan engkau atau Allah tidak akan memasukkan engkau ke dalam syurga.”
         Maka (beberapa ketika kemudian) ruh kedua-duanya dicabut dan mereka dihadapkan kepada (Allah) Tuhan sekalian alam. Lalu (Allah) bertanya kepada saudara yang bersungguh-sungguh dalam ibadah: “Apakah engkau mengetahui tentang Aku atau apakah engkau berkuasa atas apa yang berada di tangan-Ku?”
Dan (Allah) berkata kepada saudara yang lazim berbuat dosa: “Pergilah masuk ke syurga dengan Rahmat-Ku.” Dan (Allah) berkata kepada (saudara yang bersungguh-sungguh dalam ibadah): “Bawalah orang ini ke neraka.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4901]


Marah adalah suatu emosi atau perasaan yang membuak-buak sehingga pemiliknya 'mampu' untuk bertindak diluar batas rasional. Seringkali dalam sejarah dunia mahupun rekod perseorangan individu, perasaan marah menjerat manusia kepada kesalahan dalam membuat keputusan hatta ada yang berbuat sesuatu yang tuan punya badan sendiri tidak sanggup melihat perbuatannya apabila dia kembali waras.

Kesalahan yang dibuat oleh orang kuat ibadah di atas adalah dia telah *kerana marah* mengatakan "Allah tidak akan mengampunkan engkau" kepada saudaranya yang sedang melakukan dosa.. Pengampunan Allah, Syurga, dan Neraka adalah hak Allah.. tidak layak, kita sebagai manusia dengan rakus lagi tergesa-gesa menuduh orang tidak diampunkan Allah dan masuk neraka..

Saya faham.. marah kadangkala bukanlah satu pilihan.. kita tak mampu kawal untuk rasa marah.. kerana kita marahlah! *faham tak!* ... NAMUN, kita boleh kawal apa yang kita buat dan cakap.. jika tidak mampu kawal dalam hati, janganlah sampai marah itu terkeluar dari mulut dan tangan kita.. takut nanti menyesal.........